PENGENALAN
Mempelajari bahasa Arab adalah mudah sekiranya memiliki matlamat dan kaedah yang betul dalam mempelajarinya. Justeru itu, penganjuran seminar teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajarai bahasa Arab, matlamat dalam pembelajaran bahasa Arab serta teknik yang betul dalam mempelajarinya.
2.0 LATAR BELAKANG
1. Bahasa sebagai cabang ilmu, perlu dipelajari sebagaimana sains perlu dipelajari untuk mengenal binaan dan stukturnya serta fungsinya dalam kehidupan manusia. Dalam rangka mengenal dan mengakui keagungan Allah sebagai pencipta kita perlu mempelajari bahasa terutamanya Bahasa Arab. Bahasa itu sendiri adalah ciptaan dan anugerah Allah kepada manusia.
ومِنْ ءَاَيَاتِهِ خَلْقُ السّمَاوَاتِ وَالأرْضِ واخْتِلَافُ ألْسِنَاتِكُمْ وَألْوَانِكُمْ , اِنَّ فِيْ ذالِكَ لَأيَات لِلْعَالَمِيْنَ.
سورة الروم : 22
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
2. Mempelajari bahasa Arab sangat penting kerana ia adalah sebesar-besar wasilah yang memungkinkan kita dapat memahami agama. Mempelajarinya merupakan sebesar-besar wasilah dalam memahami kalamullah iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. dengan erti lain mempelajari bahasa Arab satu cara mempelajari al-Quran. Sebaik-baik golongan adalah golongan yang mempelajari dan mengajarkan al-Quran. Rasulullah s.a.w bersabda:
}خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّم القُرْأنَ وَعَلّمَهُ{
رواه البخاري ومسلم
“Sebaik-baik (profesion ) di kalangan kamu ialah mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
}مَنْ أرَادَ اللهُ بهِ خيرًا يُفَقِهْهُ فِي الدِّينِ ويُلْهِمْهُ رُشْدَهُ {
رواه البخرى ومسلم
“ Sesiapa yang Allah hendak menjadikannya baik, diberinya kefahaman agama dan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya”.
3.0 TUJUAN SEMINAR
Pengajuran seminar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam kepentingan mempelajari bahasa Arab dalam rangka memahami tuntutan agama sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan teknik yang betul dalam mempelajari bahasa Arab sekaligus merungkai permasalahan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam negara kita.
4.0 OBJEKTIF SEMINAR
Antara objektif seminar ini adalah:
1. Memupuk minat dan memberi kesedaran kepada ummah tentang kepentingan mempelajar bahasa Arab sebagai wasilah untuk memahami agama.
2. Memberi pendedahan kepada guru dan pelajar tentang teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa arab yang mudah, sistematik, mesra pelajar dan profesional.
3. Membantu guru dan pelajar serta masyarakat yang berminat untuk memperkasakan potensi diri dan membina kerjaya melalui bahasa Arab.
4. Melatih para pelajar bahasa Arab dengan kemahiran bertutur, mengajar dan menyelesaikan masalah dan pengurusan program.
5. Memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Arab.
0 comments:
Post a Comment